aku ad jawapan aku sendiri la... hihih
nie bukan pasal pengalaman snap sunrise or something about photographic but ini difference dari yang lain..
cam nie story dia .....
time duk layan sunrise kat pantai pandak tetiba perot aku sakit ... mybe salah makan something time berbuka or sahuhr xdi .... ahh aku xleh tahan aku pn roger2 kawn aku suh pi jaga equipment kamera aku .....
sepantas kilat aku cari masjid or tandas awam kat area pantai pandak chendering tu ....akhirnya jmpe laa masjid cendering yang area dekat simpang empt cendering ...after aku selesaikan hajat aku pn ready nk ke pantai pandak nak continue snap kat sana .... dalam perjalanan balik aku lalu di area kubur yang ada di depan pagar masjid ....tetiba aku stop kat situ .... nak tau WHY????????
-KITA SAMBUNG DI LAIN HARI -
ahakahakahak xda laa ...kita sambung skrng
aku stop coz aku terbau something yang mmg wangi sangat ......
aku carilaa kot2 ad pokok bunga yang ad kat situ kaa maklum laa bunga fresh time pagi2 .... aku cari tp xda pn ... aku duk pusing2 area tu tp xda poko bunga pn .... but NALURI aku kuat mnyatakan bau nie datng di area kubur depan masjid tu .... ermmmm aku tambah pelik ....XKAN KUBUR BAU WANGI ?????
tp aku pernah bace n dgr cerita pasal kubur yng wangi nie
for example
"Diriwayatkan dari Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu dia berkata, Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam bersabda,"Pada saat malam terjadinya Isra' saya mencium bau harum, sayapun bertanya,"Ya Jibril, bau harum apakah ini?"
Jibril menjawab,"Ini adalah bau wangi wanita penyisir rambut putri Fir'aun (Masyithah) dan anak-anaknya."
mybe wangi yng datng datang dari kubur tu salah seorng daripada wali ALLAH..... :-)
nie salah satu pengajaran yang besar aku dapat semperna bulan ramadhan yang mulia nie skian ...
salam ramadhan ......wasalam
tp aku pernah bace n dgr cerita pasal kubur yng wangi nie
for example
"Diriwayatkan dari Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu dia berkata, Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam bersabda,"Pada saat malam terjadinya Isra' saya mencium bau harum, sayapun bertanya,"Ya Jibril, bau harum apakah ini?"
Jibril menjawab,"Ini adalah bau wangi wanita penyisir rambut putri Fir'aun (Masyithah) dan anak-anaknya."
Kisahnya begini, dakwah nabi
Musa sampai kepada keluarga Masyitah, lalu Masyitah dan suaminya
Hazaqil beriman kepada nabi Musa. Keimanannya ini disembunyikan lantaran
pekerjaannya sebagai tukang sikat rambut anak Firaun dan suaminya pula
orang kuat Firaun. Sebelum Firaun memutuskan apa-apa keputusan, Firaun
akan meminta pendapat daripada Hazaqil dan ditakdirkan Allah, suatu hari
seorang ahli sihir yang menyokong Firaun telah memeluk agama nabi Musa.
Seraya Firaun pun menjatuhkan hukuman mati ke atasnya tetapi keputusan
Firaun ini ditentang hebat oleh Hazaqil. Maka berlakulah satu
perselisihan pendapat yang sangat besar sehingga keimanan Hazaqil
terbongkar dan dia juga dijatuhkan hukuman mati.
Pemergian suami tercinta
memberi tamparan hebat kepada Masyitah. Hari-harinya seperti sudah tiada
makna lagi tapi disebabkan keimanannya kepada Allah, dia tempuhi
hari-harinya dengan hati yang tersangat berat. Puas dia cuba menahan
mulutnya daripada meluahkan isi hatinya kepada orang lain namun perkara
hati siapa yang dapat tentang? Ditakdirkan Allah, setiap kedukaan dan
kesedihannya itu dikongsi dengan Asiah, Isteri Firaun yang sangat
disayangi Firaun. Sewaktu itu,Masyitah belum tahu bahawa Asiah juga
beriman kepada Allah.
Huruf demi huruf, perkataan
demi perkataan keluar daripada mulut Masyitah sehingga tiada lagi rahsia
untuk dia simpan. Kisah dia beriman kepada Musa juga diceritakan.
Sewaktu terlepas cakap, ada juga rasa gerun di hati tapi dia cuba untuk
bertenang.Tapi rancangan Allah, siapa yang dapat duga? Asiah juga
mengaku bahawa dia beriman kepada Allah.
“Aku mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah, Musa pesuruh Allah dan celakalah Firaun dan pengikut-pengikutnya.” Ujar Asiah.
“Tetapi, bukankah puan meniduri Firaun?” Soal Masyitah.
“Tidak, demi Allah, aku
tidak pernah meniduri Firaun walaupun sekali. Apa yang kau lihat
bukanlah aku tetapi jelmaan Iblis yang menyerupai aku,” terang Asiah.
Mendengarkan pengakuan daripada Asiah, Masyitah cukup gembira dan mereka menjadi teman rapat.
Suatu hari, ketika Masyitah
sedang menyikat rambut anak Firaun hasil dari permaisuri yang lain,
sikat yang dipegang Masyitah terjatuh. Secara tidak lansung Masyitah
menyebut, “Segala puji bagi Allah dan celakalah Firaun.”
Anak Firaun mendengar
kata-kata yang keluar dari mulut Masyitah, lantas dia berlari ke arah
Firaun dan melaporkannya. Firaun memanggil Masyitah dan menyoal Masyitah
adakah benar apa yang dilaporkan oleh anaknya. Masyitah menjawab, “ya
Tuanku,aku berkata sedemikian. ”Lalu Firaun menyuruh pengawalnya
menyediakan satu bekas yang besar yang diisi dengan minyak dan bekas itu
dipanaskan sehingga minyak itu mendidih.
Seluruh penduduk padang
pasir dikumpulkan untuk menyaksikan kehebatan Firaun. Tatkala manusia
semua berkumpul dan memberi perhatian kepada Masyitah yang berada di
tengah-tengah, soalan diulang sekali lagi. Adakah Masyitah ingin menarik
balik kata-katanya, jika tidak, dia dan 2 orang lagi anaknya yang masih
di bawah susuannya akan dihumban ke dalam minyak yang menggelegak.
Masyitah dengan tegasnya menyatakan pendiriannya untuk beriman kepada
Musa dan Tuhannya. Namun, naluri keibuan diuji apabila dia melihat
anak-anaknya yang masih kecil, terlintas juga di hatinya untuk menurut
kata Firaun.
Allah mengetahui isi hati
hamba-hambanya, lalu satu keajaiban besar pun berlaku. Anak yang masih
kecil, yang masih di bawah susuannya pun berkata-kata, “jangan bimbang
ibuku kerana Allah telah menjanjikan kepada kita ganjaran yang hebat.
Pintu syurga sedang terbuka luas menanti kedatangan kita.”
Mendengar butir-butir kata
yang keluar daripada anak yang tidak boleh bercakap itu, Masyitah yakin
dengan pendiriaannya. Dia berjalan maju ke hadapan dan terjun ke dalam
minyak yang menggelegak. Seluruh penduduk Mesir menyaksikannya. Alangkah
terkejutnya mereka apabila keajaiban kedua berlaku. Minyak yang
menggelegak tadi bertukar menjadi haruman yang tersangat wangi di zaman
itu. Itulah haruman Masyitah, si penagih cinta Ilahi.mybe wangi yng datng datang dari kubur tu salah seorng daripada wali ALLAH..... :-)
nie salah satu pengajaran yang besar aku dapat semperna bulan ramadhan yang mulia nie skian ...
salam ramadhan ......wasalam
No comments:
Post a Comment